PRN: Pengundi muda perlu turun mengundi

Iklan
Pengundi muda perlu terlibat sama dalam memilih kerajaan yang akan memimpin untuk tempoh lima tahun akan datang. - Foto Bernama

PENGLIBATAN pengundi muda memberi pengaruh yang besar dalam menentukan kemenangan calon dan parti politik yang bakal mentadbir kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Justeru, penting untuk mereka terlibat sama dalam memilih kerajaan yang akan memimpin untuk tempoh lima tahun akan datang.

Iklan
Iklan

Berdasarkan statistik yang dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemilih berusia antara 21 hingga 29 tahun adalah kumpulan majoriti, dengan 2,169,120 daripada 9,773,571 pemilih, diikuti pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun iaitu seramai 2,163,982 orang.

Bagi pengundi muda berusia antara 18 hingga 20 tahun pula, statistik SPR berdasarkan daftar pemilih menunjukkan golongan terbabit adalah seramai 661,905 orang.

Iklan

Sudah tentu ia akan menjadi kerugian besar jika golongan itu tidak menggunakan peluang ini untuk memilih pemimpin mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turut mengingatkan pengundi muda bahawa masa depan negara terletak kepada keputusan mereka sekarang.

Iklan

Beliau menjelaskan, golongan itu seharusnya mempunyai pendirian teguh dalam usaha mengubah corak dunia politik negara kini yang penuh dengan sifat yang bebaur negatif.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim turut senada dan menyatakan, jumlah pengundi muda dijangka meningkat kerana sebilangan besar daripada mereka mungkin sudah mampu menilai dan membezakan keupayaan kerajaan terdahulu dan kini.

Menurut Adam, pengundi sudah memahami tanggungjawab dan yakin dengan keputusan sendiri untuk melaksanakannya mengikut keperluan negara dan masyarakat.

Beliau turut mengharapkan pengundi muda ini dapat memberikan mandat terhormat ke arah pemilihan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan selepas pengundian pada 12 Ogos akan datang.