Bantulah pesakit kanser

Iklan
Gambar hiasan - Foto123RF

PENGUMUMAN yang dibuat oleh cef selebriti, Cef Wan di Instagram bahawa beliau telah disahkan menghidap kanser limfoma menimbulkan rasa simpati dan hiba kepada orang ramai khususnya peminat-peminat beliau.

Namun Cef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, merupakan seorang yang sangat tenang.

Iklan
Iklan

Kita berharap dan mendoakan agar cef kesayangan ramai itu segera sembuh dan dapat menceriakan rakyat di negara ini semula dengan celotehnya.

Penyakit kanser merupakan penyebab kedua kematian di seluruh dunia dan sehingga kini sudah meragut hampir 10 juta nyawa.

Iklan

Di Malaysia, penyakit tersebut antara punca kematian terbesar dengan lebih 48,000 kes kanser baru dilaporkan setiap tahun.

Faktor utama penyebab kanser ialah dari segi pemakanan dan gaya hidup.

Iklan

Berdasarkan fakta, lima amalan hidup berisiko iaitu pengambilan tembakau termasuk merokok, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol berlebihan, kurang pengambilan sayur dan buah serta tidak aktif secara fizikal.

Untuk melawan penyakit tersebut, kita perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kesihatan.

Pemeriksaan secara berkala dan tindakan yang cepat diambil boleh mengurangkan risiko kematian pada kadar yang tinggi.

Selain itu, kekuatan semangat termasuk berkat usaha, doa, tawakal, akan membolehkan seseorang itu bebas daripada kanser.

Justeru itu, kita amat menyambut baik hasrat Kementerian Kesihatan untuk memperluas pusat rawatan kanser di seluruh negara bagi memastikan akses yang saksama kepada rawatan kanser berkualiti tinggi dan penjagaan untuk pesakit tersebut.

Ini kerana kebanyakan pusat rawatan kanser terletak di bandar-bandar utama terutamanya di Lembah Klang, yang menyebabkan pesakit kanser dari pekan kecil melakukan perjalanan jauh untuk menerima rawatan.

Kita berharap agar rakyat terutama yang tinggal di kawasan pedalaman mendapat rawatan yang sewajarnya bagi mengubati penyakit kanser.

Selain itu, negara juga memerlukan lebih ramai doktor pakar supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pesakit agar mereka mendapat rawatan yang sewajar.

Oleh yang demikian, akhbar ini sentiasa mendoakan agar semua pesakit kanser terus kuatkan semangat dan berjuang untuk sembuh.