Sanusi dinasihat tidak hadir ceramah kerana ada 'perangkap'

Iklan
Afnan Hamimi (depan, tengah) bersama penyokong PN semasa hadir ke Ceramah Mega Perikatan Nasional bersama MB Kedah di Taman Ria di sini pada Ahad.

SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan tidak hadir ke ceramah kempen pilihan raya bagi tujuan memastikan keselamatan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu terjamin.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebelum mengakhiri Ceramah Mega Perikatan Nasional bersama MB Kedah di Taman Ria, di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Alor Setar itu mendakwa, Muhammad Sanusi dinasihatkan tidak berada di pentas ceramah berikutan faktor keselamatan.

"Pagi tadi Menteri Besar (MB) mesyuarat di Kuala Lumpur yang membincangkan perkara besar dan daripada itu dinasihatkan beliau untuk tidak meneruskan ceramah pada malam ini kerana ada 'perangkap' yang dipasang oleh musuh.

Iklan

"Perangkap itu mengkehendaki MB kita masuk ke dalam itu, dia pegang dan buat sesuatu yang tidak dijangka, waktu ini kita kena sedia dengan segala kemungkinan, saya dah sebut dah, dalam tempoh sehari dua ini kemungkinan akan berlaku sesuatu yang dahsyat," dakwanya.

Afnan Hamimi

Perkara itu dijelaskan di hadapan ribuan penyokong PN yang telah menunggu dari awal memandangkan Muhammad Sanusi dijadualkan turut serta dalam ceramah berkenaan berdasarkan poster yang dikongsi di media sosial.

Iklan

"Saya rasa itu (arahan) daripada Pas pimpinan Pusat... harap-harap tiadalah ancaman yang membimbangkan," katanya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi juga dilaporkan tidak hadir ke program Sembang Santai Bersama Panglima Perang PN di Padang Awam Taman Serai Wangi, Padang Serai sebelum tular kononnya beliau ditangkap.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan berita yang mengatakan Muhammad Sanusi ditahan atau dipanggil untuk dirakam percakapan.