Pelajar Jerman tak puas hati soalan peperiksaan terlalu sukar

Iklan
Puluhan ribu pelajar di Jerman menandatangani petisyen ekoran soalan peperiksaan persediaan memasuki universiti yang didakwa terlalu sukar. - Gambar Hiasan

BAVARIA - JERMAN. Puluhan ribu pelajar di Jerman melahirkan rasa tidak puas hati ekoran soalan peperiksaan persediaan memasuki universiti yang didakwa terlalu sukar.

Petisyen yang dimulakan di Bavaria oleh Lisa Müller, menggesa pemarkahan lebih longgar dengan alasan soalan subjek matematik dalam peperiksaan tersebut adalah terlalu sukar berbanding tahun sebelumnya.

Iklan
Iklan

Dikenali sebagai Abitur, peperiksaan tersebut diduduki oleh setiap pelajar yang lulus ujian akhir peringkat sekolah menengah sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti.

"Ia terlalu sukar berbanding tahun sebelumnya.

Iklan

"Kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan Abitur menghabiskan banyak masa mengulangkaji subjek matematik," kata seorang pelajar, Sophie Basmann.

Dalam pada itu, seorang guru matematik mendakwa dia memerlukan masa 15 jam untuk menghabiskan ujian terbabit, sedangkan pelajar hanya diberi tempoh lima jam.

Iklan

Setakat semalam, 67,230 pelajar telah menandatangani petisyen, namun beberapa ahli politik dan pemimpin kesatuan pendidikan mendakwa pelajar tidak harus bersikap terlalu 'manja'.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Jerman berkata pihaknya akan meneliti aduan terbabit. - Agensi