Akauntan pukul bekas suami diberkas

Iklan
Seorang wanita ditahan selepas memukul dan mencederakan bekas suaminya di sebuah rumah di Bukit Indah, di sini petang Ahad. - Gambar hiasan

AMPANG - Seorang wanita ditahan selepas memukul dan mencederakan bekas suaminya di sebuah rumah di Bukit Indah, di sini petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisiner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 6.55 petang itu, mangsa berusia 28 tahun sedang mengemas rumah sewa sebelum diserahkan kepada pemilik rumah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita berusia 38 tahun itu telah datang ke rumah tersebut dan memarahi pengadu disebabkan hutangnya berjumlah RM87,000.

"Suspek terus menumbuk bibir dan mengetuk kepala bekas suaminya dengan hulu pengikis simen selain menendang perut mangsa.

Iklan

"Polis telah menahan suspek yang bekerja sebagai akauntan berusia 38 tahun pada jam 9.45 malam di Ampang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pasangan itu dilaporkan bercerai pada 11 Julai lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia satu tahun tujuh bulan.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.