Tutup operasi sementara kurang sesuai: Dr Rusdi

Iklan
Dr Rusdi Omar

KOTA BHARU - Tindakan arahan penutupan sementara gerai makanan untuk solat tarawih di Kelantan kurang sesuai diguna pakai dalam negeri dan negara yang berbilang bangsa dan kaum.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, Islam itu sangat mudah, namun tindakan tersebut memperlihatkan pemikiran kerajaan yang terbelakang berbanding negeri dan negara Islam yang lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Islam itu agama yang harmoni dan tidak menyusahkan rakyat. Jangan kita terlebih Islam dari yang lain sehingga boleh menjejaskan imej Islam itu sendiri.

"Kita perlu tahu juga yang mana wajib dan yang mana sunat.

Iklan

"Sepatutnya bulan Ramadan kita galakkan mereka berniaga dan mencari nafkah yang halal. Sembahyang tarawih ini boleh dibuat selepas Isyak hingga sebelum Subuh dan tak semestinya antara kul 8.30 hingga 10 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan seharusnya mengambil contoh Terengganu dalam menangani isu ini dan belum pernah berlaku di negara Islam lain yang mewajibkan arahan seperti ini.

Iklan

Beliau berkata, oleh sebab itulah sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, seharusnya kerajaan perlu berfikir dan ambil tindakan atau keputusan yang bijak terutama melibatkan Melayu Islam.

"Jangan kita berundur ke belakang. Sepatutnya mereka perlu menasihati dan meminta para peniaga itu untuk menunaikan solat tarawih dan beritahu tentang fadilat bertarawih itu, bukannya buat arahan untuk tutup kedai.

"Secara peribadi saya kurang bersetuju dengan arahan tutup kedai itu dan bila dapat banyak bantahan dari para peniaga dan rakyat jelata, maka kerajaan buat pusingan U.

"Bagaimanapun saya tetap hormat juga pada Kerajaan Kelantan yang berjiwa besar untuk menarik kembali arahan ini.

"Mereka dengar juga denyut nadi rakyat marhaen. Dalam proses membuat keputusan sesuatu polisi itu perlu dibuat dengan rapi dan teliti dan jangan buat sesuatu keputusan bersandarkan kepentingan politik tetapi lebih dari itu,” katanya.