TOKYO - Taufan Khanun diramal menghampiri pulau Kyushu di Jepun pada hujung minggu ini yang akan menyebabkan sebahagian kawasan di pulau itu dilanda hujan lebat, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), pada Isnin.
Khanun, taufan keenam tahun ini, sebelum ini melanda Okinawa wilayah Kagoshima dan kawasan beberapa kawasan lain, lapor Xinhua.
Iklan
Iklan
Pegawai cuaca menggesa penduduk untuk berhati-hati memandangkan hujan lebat akan turut melanda di bahagian selatan Kyushu dan wilayah Amami di Kagoshima sehingga pagi Selasa.
Setakat jam 11 pagi Isnin, Khanun bergerak ke arah utara-timur laut timur Pulau Amami-Oshima dengan tekanan atmosfera 970 hektopascal yang membawa angin sehingga 144 kilometer sejam.
JMA berkata, taburan hujan dalam tempoh 24 jam hingga 6 pagi Selasa diramalkan mencecah sehingga 300 milimeter (mm) di kawasan Amami dan selatan Kyushu serta sebanyak 250 mm di wilayah Shikoku dan wilayah Tokai.
Taufan itu kemudian diramal bergerak ke utara dan dijangka menghampiri pulau Kyushu pada Rabu. - Bernama