Angka korban akibat banjir di China meningkat

Iklan
13 daerah di ibu negara terjejas akibat hujan lebat manakala ratusan ribu penduduk dipindahkan.- Foto Reuters.

BEIJING - Angka kematian akibat banjir di bandar Shulan, wilayah Jilin di timur laut China telah meningkat kepada 14 mangsa, manakala seorang hilang, menurut ibu pejabat kawalan dan bantuan banjir tempatan pada Isnin.

Pada Ahad, media tempatan melaporkan enam kematian akibat banjir di Shulan. Hujan lebat yang melanda China dicetuskan oleh Taufan Doksuri.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa wilayah menyatakan bahawa timbalan datuk bandar itu dan dua lagi pegawai perbandaran, yang hilang semasa membantu usaha bantuan bencana, juga diisytiharkan meninggal dunia, lapor Sputnik.

Terdahulu pada Julai, media China melaporkan bahawa seramai 11 orang maut akibat banjir melanda Beijing, manakala sembilan lagi lemas di wilayah Hebei.

Iklan

Selain itu, seramai 44,673 orang dari 13 daerah di ibu negara terjejas akibat hujan lebat manakala ratusan ribu penduduk dipindahkan.

Selasa lalu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan pihak berkuasa tempatan berusaha sehabis baik bagi menyelamatkan orang yang hilang atau terperangkap demi mengurangkan bilangan mangsa. - Bernama.

Iklan