Abdul Hadi mimpi siang ke malam? - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya tidak terus bermimpi untuk menawan Putrajaya walaupun Perikatan Nasional (PN) menang pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, PRN ini bertujuan membentuk kerajaan negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kedudukan kerajaan di Putrajaya.

Iklan
Iklan

"Dia (Abdul Hadi) mimpi siang ke malam? Dia nak ambil alih Putrajaya macam mana sebab kami ada 148 kerusi, kalau dia menang kesemua enam negeri pun, dia tidak ada hak nak ambil alih.

"Ini bukan referendum Parlimen, ini adalah pilihan raya negeri untuk membentuk kerajaan negeri. Tidak ada kaitan langsung dengan kedudukan kerajaan di Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Potensi Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Program Desa Cerdas di Plaza Indonesia-Malaysia-Thailand Golden Triangle (IMT-GT) Bukit Bunga, di sini, pada Isnin.

Iklan

Beliau turut menempelak Abdul Hadi yang didakwa sebagai seorang pemimpin politik yang tidak memahami perkara asas demikian.

"Perkara yang asas begitu pun jika tidak difahami oleh seorang pemimpin parti politik saya fikir kelayakan beliau kurang untuk memimpin parti.

Iklan

"Pemimpin ini tidak dapat menganalisis perkara prinsip yang terlalu asas begitu,” ujarnya.

Sebelum itu, Abdul Hadi mendakwa akan berlaku perubahan dalam Kerajaan Pusat sekiranya PN memenangi kesemua enam negeri pada PRN ini.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!