Mata guru hampir buta dilastik bapa murid

Iklan
Zaharman dalam keadaan stabil ketika di rawat di hospital. - Agensi

PALEMBANG - Seorang guru lelaki di Sumatera Selatan, Indonesia berisiko buta mata kanan selepas dilastik bapa anak muridnya.

Insiden itu berlaku di Kabupaten Rejang Lebong, Bengkulu dan telah mencetuskan kemarahan ramai.

Iklan
Iklan

Mangsa yang bertugas di SMAN 7 Rejang Lebong dikenali sebagai Zaharman dan kini sedang dirawat Hospital Ar Bunda, Kota Lubuk linggau.

Guru pendidikan jasmani itu mengakui trauma dan takut pulang ke rumahnya.

Iklan

"Masih terbayang-bayang kejadian itu," katanya yang turut mengalami sakit kepala setiap kali mendengar bunyi bising.

Sementara itu, anak lelaki Zaharman, Ilham Mubdi menegaskan bahawa keluarganya akan tetap meneruskan tindakan undang-undang kerana perbuatan pelaku membahayakan nyawa dan menyebabkan bapanya berisiko buta kekal.

Iklan

Sementara itu, pelaku kes penganiayaan tersebut yang sudah menyerah diri mengaku melastik mangsa sebanyak dua kali kerana gagal mengawal emosi selepas mendapat tahu anaknya ditendang guru tersebut.

Katanya, selepas melihat mangsa cedera dia bertindak melarikan diri kerana bimbang dipukul orang ramai.

Media Indonesia melaporkan, si pelaku naik hantu dan melastik Zaharman kerana guru tersebut menendang anaknya selepas ditangkap sedang menghisap rokok. - Agensi