KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang membuat laporan polis selepas menerima aduan penularan surat 'Tawaran Membekal Katil Dua Tingkat dan Tilam Asrama Bomba (Daerah Kuantan)' yang diedarkan kepada pembekal perabot sejak Ahad.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya mengesahkan dokumen tersebut dipalsukan dan tidak menolak kemungkinan ia digunakan 'scammer' sebagai modus operandi untuk menipu dan memperdaya pihak terlibat.