PRN: Kerajaan Perpaduan tadbir lebih baik berbanding PN - Anwar

Iklan
Anwar (tengah) dikerumuni hadirin di Jelajah Perpaduan Madani Kelantan di Batang Merbau, di sini, pada Isnin.

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Tempoh lapan bulan Kerajaan Perpaduan mentadbir negara adalah lebih baik berbanding tiga tahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, banyak yang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan beliau itu termasuk meluluskan peruntukan RM200 juta bagi menaik taraf kuarters lama polis, membaik pulih tandas sekolah (RM1.4 billion) selain peruntukan segera bagi membekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan berjumlah RM500 juta.

Iklan
Iklan

"PN perintah tiga tahun, Pas dan Bersatu (Parti Peribumi Bersatu Malaysia) apa kamu buat untuk polis dan tentera? Kamu pernah tengok rumah mereka? Saya baru empat bulan sudah teliti rumah polis.

"Selainnya, ESSCom (Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) yang banyak berjasa dan berkorban nyawa, meminta rumah yang lebih selesa, tak sampai 24 jam saya luluskan peruntukan RM40 juta bagi meningkatkan infrastruktur dan fasiliti kuarters mereka di Lahad Datu,” katanya semasa berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Kelantan di Batang Merbau, di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut Anwar, kelemahan pentadbiran itu bukan sahaja melibatkan PN di peringkat pusat malah turut didakwa berlaku dalam kepimpinan Pas di negeri Kelantan.

Ujarnya, sehubungan itu, rakyat di negeri ini wajar memanfaatkan peluang untuk menukar kerajaan negeri melalui sistem demokrasi pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Iklan

"Ubahlah kerajaan untuk diri kita dan anak-anak. Bandingkan Kelantan dengan negeri lain, Perak, Johor atau Pulau Pinang, mengapa 33 tahun bersama dengan pimpinan yang dikatakan sebagai pemikir ulama tetapi negerinya tidak maju.

"Kalau ditanya, jawapannya pemerintah lemah, tidak fikir ke depan dan tak ada cara yang baik untuk mentadbir negeri atau negara. Jadi, rakyat Kelantan, bangkitlah, sudah-sudahlah tu, cukup 33 tahun,” kata beliau.