Polis terima dua laporan kes gaduh dua pengasas produk kosmetik

Iklan

BUKIT MERTAJAM - Polis menerima dua laporan berhubung insiden pergaduhan sekumpulan individu termasuk membabitkan dua pengasas produk kecantikan yang tular di media sosial, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di hadapan sebuah restoran di Taman Seri Mutiara pada jam 12.30 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Pengadu seorang wanita berusia 30-an ketika berada di restoran itu didatangi seorang lelaki berusia lewat 20-an bersama beberapa individu lain.

"Lelaki berkenaan dikatakan membuat rakaman melalui telefon bimbit dan memaksa wanita itu mengaku telah berhutang dengannya," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Isnin.

Iklan

Cheng San berkata, disebabkan tindakan itu berlaku pertengkaran mulut dan tolak menolak antara mereka.

Katanya, kedua-dua pihak kemudiannya telah tampil membuat laporan polis.

Iklan

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.