HANYA berbaki beberapa hari lagi sebelum pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini, gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mula melakukan pecutan akhir kempen termasuk menonjolkan poster boy masing-masing.
Di Kedah, persaingan poster boy adalah antara Menteri Besar (MB), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan bekas MB, Datuk Seri Mahdzir Khalid.