ISLAMABAD - Sebutir bom meletup berhampiran sebuah kenderaan di wilayah Balochistan barat daya Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk seorang ahli politik tempatan, kata pegawai kerajaan dan polis.
Kejadian itu berlaku lewat malam Isnin apabila bom diletakkan di tepi jalan mengenai kenderaan seorang pengerusi majlis kesatuan dan orang ramai yang pulang dari majlis perkahwinan di daerah Panjgur di wilayah itu, Xinhua memetik Timbalan Pesuruhjaya Panjgur Amjad Somro seperti dilaporkan oleh media tempatan.