Safee Sali sertai barisan penyampai Era

Iklan
Gambar berkumpulan personaliti-personaliti Era di Sidang Media 'Era 25 Tahun'. - Foto Astro

BEKAS penyerang kebangsaan, Safee Sali menyertai barisan penyampai radio Era bermula 12 Ogos ini.

Menerusi segmen yang akan ke udara setiap Sabtu, jam 10 pagi iaitu Super Safee, pemain bola sepak berusia 39 tahun itu akan berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan.

Iklan
Iklan

Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil berkata, penyertaan Safee Sali itu adalah sebahagian daripada pembaharuan termasuk segmen sempena ulang tahun radio itu yang ke-25 tahun.

"Kami teruja untuk meraikan ulang tahun ke-25 Era yang merupakan bukti semangat dan dedikasi pasukan kami kepada para peminat yang memberi sokongan untuk segmen-segmen terbaik yang merangkumi 3 Pagi Era, Erarathon, Gempak Hit Era, 101 Era dan PM40 Era.

Iklan

"Oleh itu, kami berbesar hati untuk memperkenalkan Era terkini dengan segmen hujung minggu yang diperbaharui, termasuk Super Safee Era bersama Safee Sali, Seram Sabtu Era bersama personaliti misteri Era, serta Throwbaek Eradan Soundtrek Era,” katanya.

Sabtu Pagi Era akan dikendalikan Namie bersama Hawa Rizwana; manakala Elly Mazlein @ Lina Pom Pom kekal mengendalikan Carta Era 40; Flow Era bersama Zahier; Hallyu Era bersama Munaa Bella; dan Lagu Baru Nak Up bersama Fazziq.

Iklan