Marsha Milan bukan jual rupa

Iklan
Marsha tidak kisah membawakan watak hantu berkali-kali kerana ia memerlukan Marsha bermain dengan bahasa tubuh. - • Foto Astro/Azrul Rafie

JIKA kebanyakan pelakon 'menjual' wajah untuk mendapat peranan utama, lain pula pandangan pelakon dan penyanyi, Marsha Milan yang tidak bersandar pada faktor kecantikan semata-mata.

Justeru apabila ditawarkan sekali lagi untuk mendapatkan watak hantu dan memerlukan wajahnya diubah berjam lamanya, Marsha tidak serik untuk menerima.

Iklan
Iklan

Jelas bintang berusia 37 tahun itu, sebagai pelakon, dia tidak mahu bersandarkan pada rupa paras semata-mata sebaliknya ingin mengetengahkan kemampuan menghidupkan sesuatu watak yang berbekas di hati penonton.

"Walaupun tidak menampakkan wajah sebenar seseorang pelakon, tetapi bagi saya tetap menarik untuk dijayakan kerana watak hantu ini bermain dengan bahasa badan, renungan mata sebab jarang karakter hantu ada dialog.

Iklan

"Jadi mana-mana pelakon juga harus mempelbagaikan watak yang diterima supaya boleh meningkatkan kredibiliti mereka dalam seni lakonan,” katanya.

Marsha berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Rahsia di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Tampil dengan lakonan menyakinkan dalam Rahsia.

Iklan

Dalam filem tersebut, Marsha membawakan watak sebagai Melor yang merupakan ibu kepada Ramlah lakonan Nabila Huda.

Namun Melor 'hilang' ketika Ramlah masih kecil dan menyebabkan Ramlah membenci ibunya sehingga dia besar.

Rahsia versi reboot arahan Shamyl Othman itu bakal menjengah pawagam bermula 10 Ogos ini.

Selain Marsha dan Nabila, turut menjayakan naskhah berkenaan ialah Eman Manan, Fikry Ibrahim, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha dan Rashidi Ishak.

Tambah Marsha, tidak hanya menyerah wajah untuk disolek selama tujuh jam bagi menghidupkan karakter hantu, dia turut menyumbang idea untuk menghidupkan watak Melor.

"Saya tidak pernah bekerjasama dengan Shamyl dan tidak tahu bagaimana cara dia bekerja. Jadi saya kongsikan beberapa postur badan dari latihan yoga yang sesuai untuk bawakan watak hantu.

"Dari situ, kami sama-sama berbincang dan kembangkan dengan tambahan idea daripada kru lain. Seronok juga sebab saya lakukan sendiri hampir 90 peratus babak termasuk digantung di penjuru dinding rumah,” ujarnya yang cukup mengagumi Nabila dalam filem itu kerana komited dengan lakonannya.

Sementara itu, ditanya adakah dia terbawa-bawa karakter Melor di luar set penggambaran, Marsha berkata, dia hanya mengekalkan mood sebagai Melor ketika proses penggambaran sahaja.

"Saya hadkan untuk bercakap dengan suami di rumah sepanjang proses penggambaran, tetapi saya tidaklah jenis terbawa-bawa sampai di luar penggambaran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Marsha bakal tampil dengan sebuah lagi filem seram pada tahun ini. Bagaimanapun dalam filem itu, dia tidak lagi membawakan watak hantu.