Ulang tahun pertama kemenangan PRU14

Iklan
Gambar Hiasan. (Gambar kecil:Nik Nazmi Nik Ahmad)

HARI ini, kita meraikan ulang tahun pertama bersejarah Pilihan Raya Umum 9 Mei 2018.

Ramai rakyat Malaysia tentu akan mengenang kembali hari itu.

Iklan
Iklan

Lebih ramai pula akan melihat bagaimana kerajaan Pakatan Harapan telah melaksanakan apa yang perlu dilakukan dan apa wawasan kita pada hari, minggu, bulan dan tahun yang akan datang.

Kita memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana kita bersatu dan mempunyai platform terbaik dan benar-benar memberi harapan kepada semua rakyat Malaysia.

Iklan

Kerjasama kita untuk melaksanakan reformasi dan menyelamatkan Malaysia baru sahaja bermula.

Seperti yang berlaku kebelakangan ini, harapan rakyat Malaysia adalah tinggi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk menghukum Pakatan Harapan jika kita menghampakan harapan rakyat.

Iklan

Sesungguhnya,"hadiah" terbesar pada 9 Mei adalah - ia menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa dapat mentukan siapa kerajaan mereka.

Ia menunjukkan kepada semua bahawa tiada siapa yang berhak untuk berkuasa selama-lamanya; bahawa pemimpin yang melanggar kepercayaan pengundi dan menyalahgunakan mandat mereka akan ditolak.

Selain itu, rakyat Malaysia menunjukkan pada 9 Mei bahawa mereka mengharapkan standard tertinggi dari wakil yang mereka pilih. Tidak cukup bagi kita untuk menjadi bersih, rajin dan berkeperibadian tinggi: kita juga mesti mengangkat martabat rakyat.

Perkara yang perlu ditekankan adalah untuk memenuhi janji-janji manifesto Pakatan Harapan. Janji yang kita buat boleh, harus dan mesti dipenuhi-dengan kerja keras dan ketekunan.

Mengatakan bahawa mereka tidak dapat dicapai akan membuat rakyat Malaysia berfikir bahawa kita mencari kuasa demi kepentingannya sendiri.

Ia akan memberi isyarat kepada pengundi bahawa kita tidak lebih baik daripada pemimpin sebelum ini. Oleh itu, pada ulang tahun pertama 9 Mei ini, saya menyeru semua pemimpin Pakatan Harapan untuk kembali mencapai tekad manifesto kita.

Ia sememangnya tidak akan berlaku semalaman - tetapi segala yang kita lakukan dan katakan mestilah ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Memenuhi manifesto akan memacu pertumbuhan ekonomi kita, mengurangkan jurang dan merancakkan pembangunan negara.

Pokoknya, ia akan memajukan Malaysia ke hadapan dan mendaulatkan keadilan ekonomi yang lebih besar untuk semua rakyat Malaysia.

Kita bukan sahaja mesti memudahkan semua untuk menjalankan perniagaan - sama ada kecil atau besar- tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang boleh dinikmati bagi semua rakyat Malaysia yang sanggup bekerja.

Jadi, walaupun kita berusaha untuk merealisasikan manifesto kita, minda para pemimpin Pakatan Harapan juga haruslah fokus kepada pekerjaan, pekerjaan, pekerjaan.

Walaupun kita boleh meraikan kenangan 9 Mei 2018, kita perlu fokus pada masa akan datang. Kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang kita miliki dan apa yang telah kita capai.

Kita mesti mendepani zaman untuk Malaysia. Semangat 9 Mei 2018 mesti hidup. Kita tidak boleh membiarkan obor harapan yang dinyalakan pada hari itu mati.

*Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ketua Setiausaha Pengelola Keadilan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dan Ahli Parlimen Setiawangsa