PRN: Pas tagih sokongan perantau untuk kekal di Kelantan

Iklan
Mohd Amar semasa sidang akhbar di Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan perantau terus menjadi kekuatan kepada parti itu untuk kekal mentadbir negeri pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

"Dengan kepulangan perantau akan menambahkan lagi kekuatan," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, perantau dituntut pulang mengundi kerana ia adalah tanggungjawab besar untuk masa depan negeri dan rakyat.

Ujarnya, walaupun perantau baharu pulang untuk sambutan hari raya lalu, namun beliau berharap mereka dapat kembali ke Serambi Makkah.

Iklan

Menurut Mohd Amar, semua perantau diingatkan supaya mengundi Perikatan Nasional (PN) yang akan menggunakan logo Pas.

"Kalau nak undi BN-PH, tidak balik pun tidak mengapa," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau turut berpesan kepada pengundi tempatan untuk keluar mengundi.

Tambahnya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini ramai yang tidak keluar mengundi.