Suspek kes dadah meninggal dunia dalam lokap

Iklan
Seorang suspek kes dadah ditemukan meninggal dunia di lokap IPD Kubang Pasu pada pagi Selasa. Gambar kecil: Fisol

ALOR SETAR - Seorang suspek kes dadah ditemukan meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pagi Selasa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh berkata, kejadian melibatkan orang kena tahan (OKT) itu dipercayai berlaku lebih kurang jam 5.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Susulan itu, pihak koroner telah hadir ke tempat kejadian dan mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

"Siasatan dijalankan di bawah Laporan Mati Mengejut (LMM) oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, sebagai langkah awal, semua anggota yang bertugas semasa kejadian akan dipindahkan sementara ke cawangan lain sehingga siasatan selesai.

Tambah Fisol, siasatan juga akan memastikan semua arahan pentadbiran berkaitan lokap dan Kaedah-Kaedah Lokap 1953 dipatuhi.

Iklan

Menurut beliau, pihak polis akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil kerana ia melibatkan kepentingan awam.