SUNGAI PETANI - Sebanyak tujuh pusat mengundi bagi pengundian awal anggota dan pegawai tentera termasuk pasangan disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah.
Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Saipol Anuar Jaafar berkata, sehingga jam 12.20 tengah hari, sebanyak 75 peratus daripada keseluruhan pengundi yang berjumlah 8,454 orang keluar menunaikan kewajipan mereka di tujuh lokasi berkenaan.
"Lawatan ke pusat pengundian terlibat tidak menemui sebarang masalah dan berada dalam keadaan terkawal hingga membolehkan proses pengundian berjalan lancar.
"Perayu undi parti bertanding juga tidak dibenarkan masuk ke dalam kem dan mereka diarah berada di luar sepanjang proses pengundian bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang," katanya ketika ditemui media sewaktu melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang di sini pada Selasa.
Menurut Saipol Anuar, kerjasama antara pihaknya dengan wakil atau calon bertanding juga pada tahap memuaskan apabila mereka mematuhi arahan petugas, pasukan keselamatan dan SPR.
"Kita yakin proses ini akan berakhir lebih awal daripada masa sebenar berikutan pengundi keluar menunaikan tanggung jawab mereka lebih awal," katanya.
Sementara itu, proses undi awal di Kem Lapangan Terbang di sini membabitkan 4,755 pegawai, anggota tentera dan pasangan masing-masing melalui 12 saluran dibuka bagi memastikan kelancaran proses pengundian sebelum ditutup pada jam 5 petang.
Menurut Saipol Anuar, kerjasama antara pihaknya dengan wakil atau calon bertanding juga pada tahap memuaskan