Undi calon berprinsip, jika tidak padah bertahun-tahun

Iklan
Anas #Jangangadaiprinsip.

SHAH ALAM - Para pengundi dinasihatkan membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos ini agar tidak 'menyesal' pada kemudian hari.

Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy berkata, untuk mengelak daripada perkara itu berlaku, pengundi disaran untuk memilih calon-calon yang mempunyai prinsip yang tinggi dan bersih daripada rasuah dan perbuatan-perbuatan jijik yang lain.

Iklan
Iklan

Katanya, memilih calon yang berprinsip akan membawa kebaikan kepada semua, terutama rakyat di kawasan yang diterajui oleh calon berkenaan.

"Kalau kita gadai barang kemas kita boleh beli balik, tetapi kalau gadai prinsip padah dia bertahun-tahun lamanya, mungkin tidak dapat balik.

Iklan

Beliau yang juga merupakan pasukan teras Rasuah Busters menjelaskan meskipun di dalam politik tiada musuh atau kawan yang kekal, namun yang perlu kekal adalah prinsip.

"Dalam politik lawan boleh menjadi kawan, kawan menjadi lawan tetapi satu perkara yang harus kekal adalah prinsip-prinsip yang baik dan murni.

Iklan

"Jadi marilah bersama-sama... kalau mereka yang akan keluar mengundi, undilah mereka (calon) yang berprinsip," katanya lagi.

PRN ini membabitkan 36 kerusi DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.

Manimaran

Sementara itu, ahli pasukan teras Rasuah Busters, Dr G Manimaran menegaskan bahawa calon yang berintegriti dan mempunyai budi pekerti yang tinggi perlu dipilih pada PRN kali ini.

Tegasnya lagi, selain itu pengundi juga diharap tidak menggadai prinsip dengan habuan yang mungkin ditawarkan oleh calon kepada mereka.

"Orang yang memilih juga perlu mempunyai prinsip bukan hanya kepada calon, mereka tidak boleh menggadaikan undi mereka untuk mendapat habuan misalnya duit dan saguhati.

"Mereka perlu ada pendirian katakan tidak kepada habuan, sebaliknya memilih menerusi pertimbangan yang wajar, bukan kerana duit atau sogokkan, pilih mereka yang telus dan bersih," katanya lagi.