BAGAN SERAI - Aliran trafik lebuh raya sesak sejauh empat kilometer dari Alor Pongsu ke Bukit Merah dekat sini berikutan kemalangan membabitkan sebuah lori muatan sawit yang terbalik pada Selasa.
Plus Trafik menerusi ciapan di Twitter pada jam 2.34 petang memaklumkan, nahas di Kilometer 183 arah selatan itu mengakibatkan semua lorong terhalang.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang kebetulan berada di lokasi berkata, keadaan di tempat kejadian adalah terkawal.
Menurutnya, nahas tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pemandu lori terlibat tidak mengalami kecederaan serius.
"Kesesakan memang agak teruk ditambah pula keadaan hujan ketika ini.
"Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan dikeluarkan dan menggunakan laluan lain," katanya.