Penyeludup lari tinggalkan rokok seludup RM473,220

Iklan

PASIR MAS - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) merampas sejumlah rokok seludup bernilai RM473,220 di Kampung Kubang Dapat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, rampasan dilakukan sepasukan anggota ketika melakukan rondaan di tepi jalan kawasan lapang di lokasi tersebut pada 1.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Anggota PGA8 terserempak dengan beberapa lelaki yang sedang memunggah bungkusan plastik berwarna hitam dari sebuah kereta ke sebuah lori, namun mereka (beberapa lelaki) melarikan diri semasa dihampiri.

"Pemeriksaan kemudian menemukan 31 kotak mengandungi 2,151 karton pelbagai jenis rokok putih disyaki diseludup dari negara jiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, anggota PGA8 merampas kereta jenis Toyota Unser dan sebuah lori bonded jenis Isuzu berkenaan untuk siasatan lanjut.

Menurut Kama Azural, pemeriksaan mendapati kereta itu milik individu beralamat di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat manakala lori didaftarkan atas nama syarikat yang beralamat di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Iklan

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan penyeludupan dan pengedaran rokok seludup. - Bernama