Siling masjid runtuh selepas tarawih

Iklan
Isa menunjukkan siling yang runtuh di Masjid Pengkalan Barangan.

FB: Bukan pertama kali berlaku, inipaling teruk hingga menyebabkan jemaah keluar menyelamatkan diri: Timbalan Pengerusi Masjid

MARANG - Dentuman kuat disusuli runtuhan sebahagian siling di Masjid Pengkalan Berangan di sini, mengejutkan jemaah yang baharu selesai menunaikan solat tarawih malam semalam.

Dalam kejadian ketika hujan lebat itu, siling bahagian tepi masjid dianggar seluas 10 meter persegi runtuh terlebih dahulu, sebelum ruang lantai masjid dipenuhi dengan air hujan.

Iklan
Iklan

Pemeriksaan mendapati, beberapa ruang lain turut dilimpahi air hujan termasuk ruang solat wanita, bilik suis utama namun tiada runtuhan siling berlaku di ruang terbabit.

Timbalan Pengerusi Masjid Pengkalan Berangan, Mansur Sulaiman, 64, berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku namun ia paling teruk sehingga menyebabkan jemaah keluar untuk menyelamatkan diri.

Iklan

"Apabila keadaan reda, kami membuat pemeriksaan dan mendapati siling di bahagian tepi masjid runtuh namun kami bersyukur kerana tiada jemaah yang cedera," katanya di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi masjid, Mansur Sulaiman.

Sementara itu, bekas bilal masjid itu, Isa Sulaiman, 65, berkata, jemaah masjid diselubungi perasaan bimbang jika menunaikan solat ketika hari hujan kerana sudah banyak kali siling runtuh.

Iklan

"Setiap kali hujan lebat, ruang dalam masjid dilimpahi air dan paling membimbangkan kami apabila siling masjid runtuh.

"Kami bimbang jika siling itu runtuh atas kepala ketika kami sedang solat," katanya.

Masjid Pengkalan Berangan

Sehubungan itu, jemaah masjid meminta pihak berkuasa berkaitan segera melantik kontraktor untuk membaik pulih kerosakan dan memperkuatkan semula struktur yang terjejas.

Isa berkata, kerja-kerja pembaikan kerosakan pernah dibuat sebelum ini malah kos pembaikan juga dikatakan menelan belanja tinggi namun masalah itu masih tidak selesai sehingga kini.

"Kalau perkara ini berterusan berlaku kami bimbang ada yang tercedera kerana dihempap siling atau mungkin menerima akibat yang lebih buruk daripada itu," katanya.