Suami 'psiko' dera, kurung isteri selama 12 tahun

Iklan
Setiap bilik tidur apartment pasangan itu turut dipasang dengan wayar logam. - Foto Agensi

PARIS - Pihak berkuasa Perancis pada Isnin menahan seorang penganggur warga Jerman berusia 55 tahun selepas isterinya ditemui dalam keadaan bogel dan menyayat hati.

Mangsa yang kepalanya turut dibotakkan mendakwa dia dikurung selama 12 tahun di sebuah apartment di Forbach yang terletak berhampiran sempadan Berlin.

Iklan
Iklan

Suaminya bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyatakan isterinya menderita barah.

Sumber polis memberitahu mangsa yang berusia 53 tahun akhirnya mendapat akses kepada telefon dan bertindak segera menghubungi polis di Wiesbaden, barat Jerman yang kemudiannya memaklumkan kepada rakan pasukan di Perancis.

Iklan

"Kedua-dua kakinya dan jarinya disahkan patah. Wanita itu dijumpai dalam keadaan kurus kering dan dipercayai telah didera secara fizikal," ujar jurucakap pihak berkuasa.

Media tempatan melaporkan polis telah membuka kes menculik, memperkosa dan penderaan ke atas lelaki 'psiko' tersebut yang turut memelihara 10 ekor kucing.

Iklan

"Polis menemui sebuah diari yang mengandungi rekod 'perbuatan kejamnya' dan waktu dia memberi makan kepada isterinya," lapor stesen penyiar RMC. - AFP