Ribut: Dua maut, lebih 400,000 terputus bekalan elektrik

Iklan
Keadaan ribut di Washington DC pada Isnin. - Foto AFP

ANKARA - Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala lebih 400,000 penduduk terputus bekalan elektrik susulan ribut melanda beberapa negeri di sepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat dari Pennsylvania ke Georgia sejak awal Selasa.

Pada petang Isnin, lebih sejuta kediaman terputus bekalan elektrik akibat cuaca buruk, menurut laman sesawang PowerOutage, manakala data terkini menunjukkan kira-kira 410,000 isi rumah di sepanjang Pantai Timur terputus bekalan elektrik, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Di Alabama, seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas dipanah petir di tempat letak kereta taman industri, lapor harian ABC News, memetik polis tempatan.

Sementara itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia di Anderson, Carolina Selatan, selepas pokok menimpanya di luar perkarangan rumah datuk dan neneknya, menurut CBS News, memetik Ketua Jabatan Bomba bandar Charles King.

Iklan
Iklan

Menjelang awal Selasa, lebih 985 penerbangan AS dibatalkan dan hampir 7,000 lagi ditangguhkan, menurut laman penjejakan penerbangan FlightAware. - Bernama