Polis trafik kawal laluan 39 bazar Ramadan di Perak

Iklan
Kawalan lalu lintas dilakukan anggota trafik di bazar Ramadan Stadium Perak, Ipoh. Gambar kecil: Zakaria

IPOH - Sepanjang Ramadan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak akan menempatkan pegawai dan anggotanya di 39 lokasi bazar Ramadan seluruh negeri bagi mengawal kesesakan lalu lintas.

Ketua JSPT negeri, Superintenden Zakaria Abd Rahman berkata, kawalan melibatkan keseluruhan 106 anggota itu turut dibantu 53 penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kawalan akan bermula jam 4 petang hingga 8 malam dengan memastikan laluan utama ke bazar tidak terhalang dan tiada kenderaan diletakkan secara bertindih yang menjadi satu punca kesesakan lalu lintas.

"Selain mengawal lalu lintas, anggota trafik juga terlibat dalam mengatur dan menyusun motosikal pengunjung di tempat yang betul bagi memastikan tidak mengganggu pengguna jalan raya lain.

Iklan

"Ini dilakukan bagi memastikan orang ramai tidak melanggar undang-undang lalu lintas dengan sewenang-wenangnya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, penempatan anggota polis di bazar juga adalah bertujuan untuk pemantauan dan rondaan berkala di sekitar kawasan.

Iklan

"Ini bagi memastikan kehadiran polis dirasai dan mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.