KOTA KINABALU - Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan bahawa gambar ikan pari dan yu yang tular di media sosial dijual di sebuah pasar di pantai timur negeri ini adalah bukan daripada spesies marin terancam.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, penelitian awal Jabatan Perikanan Sabah melalui gambar yang disiarkan dikenal pasti sebagai 'bamboo shark' dan spesies ini tidak dalam senarai sebagai terancam.
Mengulas lanjut, Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, terdapat kira-kira 10 jenis pari tanduk dari Genus Mobula yang disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES) 2008.
"Untuk makluman, pengistiharan CITES 2008, hanya sekitar 100 spesies Yu dan Pari berbanding 35,000 spesies yang tersenarai perlu dikawal perdagangannya melalui kuota.
"Direkodkan terdapat 147 spesies yu dan pari (Yu 63 dan pari 84) terdapat di perairan Malaysia termasuk di Sabah. Kira-kira 13 spesies adalah tersenarai sebagai spesies terancam di bawah Akta Perikanan 1985 (Peraturan Pengawalan spesies terancam 1999) dan Akta CITES 2008 yang tidak boleh ditangkap dan dieksport keluar.
"Kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Sabah di bawah bidang kuasanya tidak pernah membenarkan perdagangan eksport, iaitu penetapan kuota sifar terhadap ikan yu dan pari hidup mahupun tersenarai di bawah CITES," katanya.
Sehubungan itu, Jeffrey berkata, kementeriannya memandang serius isu penjualan hidupan marin terancam dan jika benar terdapat aktiviti penjualan seperti dilaporkan.
Tambah beliau lagi, kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 (Pengawalan spesies ikan terancam 1999) Seksyen 25(b) boleh dikenakan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, katanya, dalam operasi pada Selasa di pasar Semporna oleh Unit Penguatkuasa Jabatan Perikanan mengesahkan tiada penjualan ikan yang dikategorikan sebagai spesies terancam.