UMNO dijangka bergolak, Pas-Bersatu retak jika gagal PRN

Iklan
Bendera-bendera parti politik yang bertanding dalam PRN Kelantan mula dipasang bagi menghangatkan lagi suasana kempen semasa tinjauan di sekitar Pantai Sabak pada Ahad. - Foto Bernama (Gambar kecil: Arif Anwar)

SHAH ALAM - UMNO bakal berdepan pergolakan dalaman manakala hubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas pula dijangka mengalami keretakan sekiranya gagal menang dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Penyelidik Kajian Politik Malaysia NUSA Research Centre, Arif Anwar Lokmanol Hakim berkata, kedua-dua pihak mendambakan negeri yang ditadbir oleh parti lawan masing-masing dan dalam masa sama mahu mengekalkan kemenangan di negeri sedia ada.

Iklan
Iklan

Katanya, kekalahan parti Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menyebabkan dalaman UMNO menjadi kacau bilau.

"Apatah lagi, akan ada cubaan menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan akhirnya parti itu tamat riwayat sekali gus sukar untuk bangkit semula menjadi pemerintah selamanya.

Iklan

"Bagaimanapun, jika UMNO diketuai oleh seorang yang berfikiran 'real politic', ia berpotensi tarik sokongan kepada PN dan menjadikan parti picisan yang sekadar untuk bernafas sahaja," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Arif Anwar, kegagalan PH-BN juga akan menyebabkan kerajaan sekarang digoncang cukup kuat dengan penarikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk tarik sokongan.

Iklan

Menurut beliau, jika sebaliknya berlaku iaitu PH-BN berjaya rampas kerusi pembangkang manakala PN gagal mengekalkan negeri sedia ada, situasi itu akan memberi masa depan yang cerah kepada UMNO dan Ahmad Zahid.

"Kejayaan PH-BN dan kegagalan PN itu akan menyebabkan Pas dengan Bersatu bergaduh yang mungkin mengakibatkan keretakan serta perpecahan dalam PN.

"Selain itu, lebih ramai pemimpin pembangkang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan proksinya serta pemimpn PN akan didakwa di mahkamah," jelasnya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!