GENEVA - Sebanyak AS$20 juta dana bantuan kemanusiaan diperlukan di Gaza untuk membantu kira-kira 1,700 orang yang cedera parah dalam bantahan terhadap Israel baru-baru ini, kata seorang pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.
Jamie McGoldrick berkata mereka cedera ketika menyertai perhimpunan besar-besaran dikenali Perarakan Pulang Besar-Besaran atau"Great March of Return" - protes mingguan yang diadakan pada Jumat sejak setahun lalu.