PRN: Mahu wujud pangkalan data mudahkan rakyat mohon bantuan

Iklan
Pua Pei Ling sempat beramah mesra dengan jenteranya ketika berkempen di Damansara Damai pada Selasa.

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling berhasrat untuk mewujudkan satu pangkalan data untuk memudahkan orang ramai memohon bantuan dan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.

Calon muda berusia 32 tahun itu berkata, pengalamannya yang ditimbanya sepanjang lima tahun menjadi Pegawai Perhubungan Kampung Daerah Gombak dan Pembantu Khas ADUN akan digunakan sebaik mungkin untuk sekiranya terpilih untuk berkhidmat di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau mengakui bukan mudah untuk berhadapan dan menyelesaikan isu setempat apatah lagi ianya melibatkan kawasan urban berkepadatan tinggi di bandar.

"Sebab itu saya mahu mewujudkan sistem data yang bukan sahaja merekod permohonan bantuan tetapi juga menjadi platform untuk aduan dan kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri.

Iklan

"Umpamanya Bas Smart Selangor, perkhidmatan ini diberikan percuma tapi ramai yang tak tahu dan tidak mempunyai maklumat mengenainya.

"Hendak tunggu di mana, jadual bas, pergi ke mana tiada. Jadi mungkin salah satu usaha saya adalah untuk memastikan orang ramai tahu kemudahan ini wujud dan boleh menjadi pengangkutan utama mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran,”katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Jelasnya, banyak perkara perlu diberi perhatian sebagai contoh di Damansara Damai lebih banyak lagi program menaik taraf ekonomi penduduk perlu dilaksanakan.

"Penyandang ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga sebelum ini sudah banyak membantu mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan daya saing wanita.

"Saya kena usaha tiga kali ganda lagi untuk memastikan apa yang telah dirancang berjalan dengan baik dan manfaat akan diperoleh penduduk setempat,” ujarnya.

Berkongsi rahsianya fasih berbahasa Melayu, anak sulung dari tiga beradik ini berkata hobinya adalah membaca.

"Saya banyak baca buku dan sentiasa cuba memperbaiki komunikasi dengan orang yang saya berjumpa,gemar bergaul dengan orang Melayu,sebab itu saya tidak kekok untuk menberi ucapan dan berhadapan dengan komuniti Melayu,” katanya.

Pei Ling akan berhadapan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Muniraa Abu Bakar pada PRN kali ini.

Penyandang kerusi DUN berkenaan, Elizebeth Wong menjadi wakil rakyat selama tiga penggal berturut-turut selepas menang dengan majoriti 40,233 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) beroleh 47,748 undi ketika menentang Syed Abdul Razak Al Sagoff daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat 7,515 undi.