Negara di landasan tepat untuk bangunkan ekonomi - Anwar

Iklan
Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk bergerak ke hadapan terutamanya dalam membangunkan ekonomi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata untuk itu, pelbagai langkah berkaitan dasar kerajaan kini sedang digerakkan.

Iklan
Iklan

Beliau menyentuh perkara itu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Stadium Paroi, Seremban semalam yang turut dihadiri pemimpin parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

"Negara ini mesti diselamatkan daripada pihak yang bicara soal bersih berdegar-degar tapi realitinya jauh bertentangan.

Iklan

"Kuasa yang diamanahkan mesti ditumpu kepada pemerkasaan hak serta ekonomi rakyat,” kata beliau.

Anwar berkata, lantaran itu, rakyat pelbagai kaum mesti berpadu mendukung Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.

Iklan

Program berkenaan yang dibanjiri ribuan penyokong turut dihadiri pemimpin parti dari Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Warisan. - Bernama