Demi pembaharuan, Tok Merah pilihan orang Sikamat

Iklan
Mohammed Hafiz menunjukkan risalah yang menyenaraikan visinya kepada pengundi DUN Sikamat.

Calon Bebas, Mohammed Hafiz sedia buka Pusat Khidmat Bantuan 24 jam sehari

Mohammed Hafiz menunjukkan risalah yang menyenaraikan visinya kepada pengundi DUN Sikamat.

SIKAMAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kali ini menyaksikan seramai 10 individu menawarkan diri sebagai calon Bebas.

Iklan
Iklan

Pelbagai tanggapan dibuat terhadap penyertaan mereka ini yang sekadar mahu memecah undi.

Namun Mohammed Hafiz Baharudin, 47, yang bertanding di DUN Sikamat menafikan tuduhan itu kerana tujuannya berada di gelanggang pilihan raya kali ini adalah demi kira-kira 32,000 pengundi DUN Sikamat.

Iklan

Tekad ahli perniagaan yang lebih mesra dengan panggilan Tok Merah ialah mahu membuat pembaharuan di DUN berkenaan selain memastikan kebajikan masyarakat di situ lebih terbela.

Malah beliau turut meletakkan lima visi yang mahu dilaksanakan sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk berkhidmat sebagai ADUN mereka.

Iklan

Tanpa kira waktu

Menurut Mohammed Hafiz, perkara pertama yang akan dilakukan ialah mewujudkan Pusat Khidmat Bantuan 24 Jam yang bersedia menyalurkan bantuan tanpa kira waktu.

Ujarnya, ia berbeza dengan pusat khidmat ADUN yang ada ketika ini yang hanya berfungsi ada waktu siang.

Mohammed Hafiz (tengah) bersama pengundi DUN Sikamat menunjukkan empat jari yang menggambarkan dirinya sebagai calon No.4.

"Tapi pusat khidmat saya akan beroperasi 24 jam. Maksudnya, masyarakat Sikamat yang berdepan masalah boleh dapatkan bantuan pada bila-bila masa.

"Malah konsep yang saya nak tawarkan ialah kami datang kepada rakyat untuk membantu bukannya rakyat yang perlu datang kepada kami untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Menurut beliau, dengan cara itu juga dapat memastikan tiada kes yang terlepas pandang selain mahu menjadi pemudah cara kepada masyarakat.

Selain itu katanya, beliau juga akan memastikan infrastruktur di kawasan berkenaan dapat dinaiki taraf memandangkan ada di sesetengah kawasan keadaan jalannya rosak selain sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik.

"Lagi pun Sikamat ini kawasan yang agak padat. Jadi bagi saya soal infrastruktur perlu diberi perhatian sebaik mungkin.

Pembangunan ekonomi

"Dengan infrastruktur dan kemudahan awam yang baik juga dapat membantu ke arah pembangunan ekonomi di kawasan Sikamat," ujarnya.

Mohammed Hafiz berkata, beliau juga mahu menjadikan Sikamat sebagai Hub Eko Pelancongan dan menempatkan Malaysian Global Village yang mana ia dapat memberi peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Mohammed Hafiz (dua dari kanan) beramah mesra dengan penduduk Sikamat.

Katanya, gerai-gerai jualan di kebanyakan tempat di Sikamat akan distrukturkan supaya lebih tersusun.

"Saya juga mahu melaksanakan program perkasa ekonomi belia dan masyarakat tempatan serta mewujudkan mercu tanda Sikamat.

"Ini semua hasrat saya jika diberi kepercayaan oleh pengundi DUN Sikamat dan saya akan terus komited untuk melaksanakan lebih banyak lagi kerja kebajikan dan membantu masyarakat di sini," katanya.

Dalam pada itu beliau menepis tanggapan sesetengah pihak yang wakil rakyat Bebas tidak mampu berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat berbanding wakil rakyat yang datang daripada parti.

Katanya, jika wakil rakyat dipilih berdasarkan parti semata-mata ia bukan jaminan individu tersebut adalah yang terbaik.

"Saya sudah buktikan sebagai seorang pemimpin, saya akan sedaya upaya membantu masyarakat terutamanya warga Sikamat," katanya.

Sementara itu, pengundi DUN Sikamat, Yusaini Yahaya, 48, berpendapat sesiapa saja boleh berkhidmat kepada rakyat sama ada wakil rakyat Bebas atau daripada mana-mana parti.

YUSAINI


Katanya, untuk pilihan raya kali ini rata-rata Masyarakat di sini berhasrat memberi peluang kepada Tok Merah memandangkan selama tiga penggal Sikamat berada di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) sama, tidak banyak perubahan berlaku.

"Kali ini DUN Sikamat menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan dua calon Bebas.

"Saya lihat penampilan calon Bebas pada kali ini lebih berkaliber, berketerampilan dan terbukti berkemampuan dalam pelbagai aspek. Mungkin kali ini kita boleh bagi peluang kepada Tok Merah," katanya.

Pesara, Che Zaranah Che Yunus, 64, pula berkata, kebiasaanya tiap kali pilihan raya, dia akan memilih parti, tetapi kali ini akan memilih berdasarkan calon.

CHE ZARANAH


Ini kerana katanya, calon yang berkhidmat kepada masyarakat dan bukannya parti.

"Macam calon Bebas, Tok Merah ini, saya dah kenal dia lama dan sememangnya banyak membantu penduduk di Sikamat. Antaranya beliau telah membantu membina bangunan KRT Desaru, Surau Warisan Puteri dan Sekolah Tahfiz Madrasah Al-Alya khusus buat warga Sikamat.

"Biasanya orang kata calon-calon ini hanya muncul masa waktu pilihan raya saja, tapi Tok Merah ini memang dah lama buat kerja," katanya.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Rhu 1, Zakaria Yusoff, 67, pula berkata, tidak setuju dengan pendapat calon Bebas tidak boleh berkhidmat untuk rakyat.

ZAKARIA


Ini kerana katanya, tiap-tiap ADUN ada peruntukan khusus buat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Bagi saya nak pilih pemimpin ini kita melihat calon bukannya parti kerana yang berkhidmat nanti adalah calon. Pemimpin seperti Tok Merah saya lihat memang adalah seorang yang mempunyai wawasan dan berpandangan jauh.

"Saya juga berpendapat setiap ADUN itu perlu berkhidmat tidak lebih daripada tiga penggal saja kerana apabila terlalu lama di sesuatu tempat tiada benda baharu yang dibawa," katanya.

PROFIL

Nama: Mohammed Hafiz Baharudin

Umur: 47 tahun

Pekerjaan: Ahli perniagaan

Asal: Sikamat, Seremban

Status: Berkahwin

Pendidikan: Diploma Senibina

Penglibatan politik dan NGO:

- Pengerusi Dewan Tindakan Ekonomi Islam Negeri Sembilan

- Pengerusi Muafakat Nasional Sikamat

- Mantan Pengerusi Proklamasi Orang Melayu, Negeri Sembilan

ADVERTORIAL