Khabib enggan latih Elon Musk

Iklan
Khabib tiada masa layan permintaan Elon Musk. - Agensi

SACRAMENTO - Bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilapor enggan melayan permintaan pengasas Tesla, Elon Musk yang mahu atlet seni bela diri campuran (MMA) itu melatihnya.

Musk yang merupakan pengasas Tesla bakal bertarung dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg dalam gelanggang MMA.

Iklan
Iklan

Tiada sebarang tarikh ditetapkan, namun Musk, 51, bersetuju pertarungan itu disiarkan secara langsung di platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) jika ia menjadi kenyataan.

Agensi berita Rusia, TASS yang memetik sumber rapat Khabib berkata, Musk menghubungi jaguh dari Dagestan itu bagi mendapatkan tunjuk ajar.

Iklan

Bagaimanapun katanya, Khabib menolak mentah-mentah permintaan manusia terkaya di dunia itu.

Sementara itu, laporan terbaharu DD Geopolitics di X mendakwa Khabib enggan melatih Musk kerana perbezaan prinsip hidup.

Iklan

"Khabib hanya melatih saudara, rakan rapat dan rakan sepasukan di AKA (American Kickboxing Academy) yang berpangkalan di San Jose, California.

"Imej bersihnya juga mungkin sedikit tercalar jika melatih Musk yang terkenal dengan sikap berfoya-foya serta tidak lekang dengan alkohol dan dadah," katanya.

Khabib yang memiliki rekod 29-0 bersara pada Oktober 2020 selepas menewaskan Justin Gaethje di Abu Dhabi beberapa bulan selepas bapanya, Abdulmanap meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Pada Jun lalu, Musk mencabar Zuckerberg bertarung dalam gelanggang MMA susulan pertikaman lidah berhubung tindakan CEO Meta itu melancarkan Threads yang dilihat sebagai saingan langsung kepada X.

Zuckerberg, 39, yang menyahut cabaran itu adalah pengamal jiu-jitsu dan sering berlatih dengan jaguh UFC antaranya George St Pierre, Israel Adesanya dan Alex Volkanovski.

Presiden UFC, Dana White sebelum ini mengalu-alukan pertarungan Musk-Zuckerberg dan menganggap ia adalah pertarungan paling menguntungkan dalam sejarah MMA.

Malah, White berkata UFC tiada masalah meminjamkan gelanggangnya di Las Vegas jika pertarungan itu menjadi kenyataan. - Agensi