Suspek 'wanted' sejak tahun 2020 dicekup

Iklan
Suspek merupakan individu yang dikehendaki polis sejak tahun 2020. - Foto IPD Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang merupakan suspek 'wanted' (dikehendaki) sejak tahun 2020 lalu di Jalan Nusa Idaman, Taman Bukit Indah di sini pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, suspek berusia 34 tahun itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan suspek merupakan individu yang dikehendaki polis sejak 2020 di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Siasatan juga mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan malah hasil ujian air kencing suspek juga didapati negatif.

Iklan

"Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam masa sama, polis juga meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah dan sebagainya di balai polis berhampiran.

Iklan

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di Pusat Kawalan Daerah IPD Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486.