OKU sukar cari tandas, parkir di premis awam

Iklan
Nancy Shukri.

SHAH ALAM - Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini berdepan kesukaran mencari kemudahan tandas dan tempat letak kereta di premis awam ekoran kurangnya papan tanda serta penunjuk arah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia berdasarkan dapatan kajian audit akses yang dijalankan Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED) Universal Design Unit (KUDU), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi tempoh 2011 hingga 2022.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kajian melibatkan 195 premis itu bagi melihat aksesibiliti OKU di tempat awam, komersial, institusi, keagamaan, taman rekreasi, kemudahan luar, pengangkutan dan kemudahan kesihatan.

"Didapati tandas OKU di premis berkenaan agak kecil dengan cermin terlalu tinggi selain tiada ramp (tanjakan) bagi laluan OKU berkerusi roda dan agak curam.

Iklan

"Dapatan ini juga menemukan laluan pejalan kaki rosak, tempat letak kereta yang tidak mengikut spesifikasi dan tiada papan tanda berdiri.

"Selain itu lif tidak mempunyai braille, sistem hantaran suara dan laluan tactile tidak sesuai telah menyukarkan OKU penglihatan menggunakan lif dan memohon bantuan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Dapatan audit akses itu dibentangkan jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) dalam mesyuarat yang dipengerusikan Nancy pada Selasa.

Ujar Nancy, berdasarkan hasil kajian tersebut, beberapa syor dikemukakan antaranya menyeragamkan carta panduan reka bentuk sejagat dan alam bina di seluruh negara serta merangka pelan induk aksesibiliti untuk setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Syor lain ialah penganjuran program kesedaran aksesibiliti dan bengkel audit akses berkolaborasi bersama agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) dua kali setahun,” katanya.