Zahid tidak tunduk desakan undur diri

Iklan
Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan memintanya mengundurkan diri dari jawatan presiden disandangnya sekarang.

Menurutnya, beliau masih memegang pendirian hanya perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno akan menentukan samada beliau perlu berundur atau tidak.

Iklan
Iklan

Malah, beliau menegaskan parti itu juga akan bekerjasama dengan Pas dalam menterjemahkan agenda Islam dan Melayu serta menghormati kepelbagaian agama dan kaum di Malaysia.

"Umno menolak kerjasama dengan DAP dan tidak akan berkompromi dengan agenda yang meminggirkan Islam dan Melayu dilakukan secara halus atau terang-terangan.

Iklan

"Ahli-ahli Umno di semua peringkat hendaklah merapatkan saf dan mengetepikan sebarang perbezaan pendapat dan pendirian demi penyatuan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau yakin masih ramai orang mahu terus bersama Umno meskipun parti itu kini bukanlah parti pemerintah.

Iklan

"Tumpukan untuk menang semula menjadi kerajaan pada PRU15. Kita tumpukan agenda kita. Itu yang lebih baik,” ujarnya.

Umno berdepan krisis hebat baru-baru ini apabila beberapa Ahli Parlimen dan Ketua Bahagiannya satu-persatu meninggalkan parti tersebut, mendakwa Umno tiada hala tuju yang jelas.

Situasi berkenaan menyebabkan timbulnya desakan mahukan Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno.