Pemindahan anak benih padi

Iklan
Pekerja sawah melakukan kerja-kerja pemindahan anak benih padi ke jentera Jentanam atau Transplanter untuk menyemai anak benih padi di petak sawah ketika tinjauan di sekitar Sekinchan Selangor.

Kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM 360 per tan kepada RM 500 per tan mulai hari ini seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat golongan petani sebagai bukti keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada mereka.