Pas Terengganu nafi upah pempengaruh promosi parti

Iklan
Alias

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu menafikan dakwaan bahawa parti itu mengupah pempengaruh untuk mempromosikan parti pada pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) pada 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr Alias Razak berkata, tuduhan yang disebarkan di media sosial itu seolah-olah menjatuhkan reputasi pempengaruh berkenaan kerana disifatkan sebagai mudah 'dijual beli'.

Iklan
Iklan

"Semalam tular dakwaan mengatakan kononnya Pas Terengganu telah memberikan upah kepada Ervan seorang pempengaruh media sosial.

"Ini satu fitnah yang jahat dan tidak benar malah tuduhan jahat ini merupakan satu penghinaan kepada Ervan dan juga anak muda Terengganu kerana seolah-olah harga diri mereka amat murah untuk dijual beli," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Rabu.

Iklan

Jelas Alias, video memaparkan sokongan terhadap Pas yang dimuat naik pempengaruh berkenaan di laman sosialnya dihasilkan sendiri secara sukarela.

Tangkap layar video dimuat naik Ervan di laman Facebooknya yang didakwa mempromosikan Pas, baru-baru ini.

"Saya yakin saudara Ervan membuat video-video sokongan beliau kepada Pas bukan kerana apa-apa habuan yang diterima daripada mana-mana pihak namun kerana beliau sebagai anak muda tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

Iklan

"Saya juga ingin merakam penghargaan kepada anak-anak muda Terengganu yang teguh dan terus menyokong Pas," katanya.

Pas Terengganu pada Selasa didakwa cuba menguasai kempen pilihan raya negeri dengan menggunakan ‘influencer' tersohor, Ervan Rizuan bagi mempromosi parti itu di media sosial.

Baru-baru ini Ervan atau nama sebenarnya Muhammad Syahmie Rizuan Mohd Yusof memuat naik video berdurasi 22 saat di laman sosial Facebook mengingatkan supaya orang ramai menjalankan kewajipan mengundi pada 12 Ogos ini.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!