Lelaki 37 tahun individu pertama didakwa kesalahan menghendap

Iklan
Hussein

SHAH ALAM - Seorang individu dipercayai terlibat kes gangguan seksual ke atas jurugambar wanita akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu warga tempatan itu akan dituduh di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

"Individu ini akan menjadi kes pertama yang dituduh serta dibicarakan di mahkamah di bawah kesalahan menghendap.

"Suspek berumur 37 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam pada esok (Khamis)," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, mangsa menerusi hantaran di media sosial berkongsi berkaitan kisahnya diganggu seorang individu.

Mangsa turut mendakwa sering kali diganggu dengan pesanan berbaur lucah sehingga mengakibatkan emosi mangsa terganggu.

Iklan

Polis sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung gangguan seksual dalam talian dihadapi jurugambar wanita pada 2018.

Suspek kemudiannya difahamkan ditahan selepas menerima rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).