Harga RON97, RON95 dan diesel kekal

Iklan
Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter hingga 16 Ogos 2023.

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 10 Ogos hingga 16 Ogos 2023.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter.

Iklan
Iklan

Harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.