11 hilang dalam kebakaran rumah percutian OKU di Perancis

Iklan
Anggota bomba memeriksa bangunan yang terbakar selepas kebakaran meletus di rumah percutian OKU di Wintzenheim, timur Perancis pada Rabu. - Foto AFP

PARIS - Sebelas dilaporkan hilang dalam kebakaran di sebuah rumah percutian untuk orang kurang upaya (OKU) di timur laut Perancis pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pegawai tempatan.

Sejumlah 17 lagi selamat dipindahkan dari bangunan Wintzenheim, berhampiran bandar Colmar di wilayah Alsace, manakala seorang dilaporkan cedera dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 6.30 pagi (0430 GMT).

Iklan
Iklan

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin berkata, penginapan itu menempatkan OKU serta sekumpulan orang dewasa dari bandar Nancy.

Darmanin berkata, perkhidmatan kecemasan kini meneruskan operasi untuk mencari mangsa yang hilang. - Bernama

Iklan

Iklan