Ketua pengadil PSM didakwa langgar perlembagaan, kod etika ASTAF

Iklan
Fadzil Hashim (kiri).

KETUA Pengadil Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Fadzil Hashim didakwa melakukan lima kesalahan melanggar Perlembagaan dan kod etika Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).

Berdasarkan surat tunjuk sebab dikeluarkan ASTAF bertarikh pada Selasa, bagi kesalahan pertama, Fadzil didakwa menugaskan pengadil yang tidak biasa dengan undang-undang permainan kerana tiada ulang kaji pengadil dilakukan sebelum kejohanan kebangsaan berlangsung.

Iklan
Iklan

Bagi kesalahan kedua, beliau didakwa tidak menghormati pengadil ASTAF yang ditugaskan sebagai pengadil garisan sementara pengadil bukan ASTAF diberikan tanggungjawab sebagai pengadil utama.

Fadzil turut didakwa gagal mengikuti prosedur Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF apabila keputusan berhubung Panggilan Cabaran diberikan kepada juri.

Iklan

"Keempat, melarang pengadil ASTAF menggunakan dan memakai lencana ASTAF dan/atau ISTAF semasa berkhidmat di pertandingan peringkat kebangsaan.

"Anda (Fadzil) juga tidak memakai lencana ISTAF sejak hari pertama Liga Sepak Takraw (STL) dari minggu pertama (26 hingga 28 Mei 2023) hingga minggu kelapan (20 hingga 23 Julai 2023) dan 5 Ogos 2023,” menurut surat itu.

Iklan

Justeru, ASTAF meminta Fadzil menjawab secara bertulis kesemua dakwaan dalam tempoh 10 hari bermula hari ini dan sekiranya gagal berbuat demikian, beliau bakal berdepan tindakan tatatertib. - Bernama