Gelombang biru landa Terengganu, Kedah, Kelantan - Ahmad Zahid

Iklan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Bernama

BESUT - Keyakinan Kerajaan Perpaduan untuk mengambil alih pentadbiran di Terengganu dan Kedah semakin jelas dengan melihat kepada gelombang perubahan di kedua-dua negeri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keyakinan itu juga bersandarkan jumlah kehadiran luar biasa rakyat dalam pelbagai program dianjurkan Barisan Nasional (BN) - Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Iklan
Iklan

"Di mana-mana negeri yang dikuasai oleh kerajaan negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan Persekutuan, saya melihat antaranya Terengganu dan Kedah pada hemat saya tanpa mendahului hukum ALLAH.

"Dalam pemerhatian saya, gelombang perubahan kepada gelombang biru telah begitu kuat melanda Terengganu dan Kedah," katanya ketika berucap pada Program Kesejahteraan Komuniti Felda Madani di Felda Tenang di sini pada Rabu.

Iklan

Jelas Ahmad Zahid, gelombang perubahan sama turut ditunjukkan rakyat di Kelantan yang telah ditadbir Pas lebih 30 tahun.

"Dua hari lalu juga, saya telah pergi ke Kelantan dan sebelah malamnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut kami.

Iklan

"Mungkin kami silap, mungkin kami salah tetapi dengan kehadiran yang amat luar biasa dalam perjumpaan-perjumpaan diadakan di Kelantan pun (ada) tanda-tanda gelombang biru mula melanda (di Kelantan)," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN turut menjelaskan, kerajaan pusat serius untuk membantu Terengganu dalam memulihkan kelembapan ekonomi di negeri ini.

Katanya, atas sebab itu rakyat perlu memilih calon-calon daripada BN-PH untuk mentadbir Terengganu pada pilihan raya kali ini.

"Jika kita gagal (ambil alih pentadbiran daripada Pas), pastinya usaha untuk kemajuan rakyat dan negeri ini akan tergendala atau tersekat di tengah jalan dek kerana wujud ketidaksefahaman di kedua-dua pihak," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!