Ibu meraung lihat CCTV anak dipukul di taska

Iklan
Tular video seorang kanak-kanak dipukul dan ditarik rambut oleh salah seorang individu di taska di sekitar Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Satu video rakaman litar tertutup (CCTV) tular di aplikasi WhatsApp sejak Rabu memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska di sekitar Kota Kinabalu, di sini.

Video berdurasi dua minit 12 saat itu memaparkan sekumpulan kanak-kanak berada di sebuah taska bersama dua individu dewasa.

Iklan
Iklan

Salah seorang individu terbabit dilihat sedang mengagihkan makanan namun bertindak menendang, menarik rambut, menolak dan memukul kepala seorang kanak-kanak dengan menggunakan buku di taska berkenaan.

Rakaman CCTV itu kemudian dipercayai ditonton oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan menyebabkan kedua-duanya berang dengan perbuatan individu terbabit.

Iklan

Malah perbuatan memukul kanak-kanak tersebut dilakukan secara berulang kali menyebabkan ibu kanak-kanak itu tidak dapat menahan kesedihannya sehingga menyebut 'kasihan anak saya' sambil meraung.

Ibu kanak-kanak terbabit dipercayai merakam video berkenaan untuk dijadikan bukti dalam laporan polis mereka.

Iklan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Ada, nanti akan dikongsikan kepada media," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.