Nik Abduh perlu lebih matang - Nik Omar

Iklan
Nik Omar (tengah) hadir pada Himpunan Jentera dan Penyokong BN-PH Pasir Puteh di Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh pada Rabu.

PASIR PUTEH - Nik Omar Nik Abdul Aziz meminta adiknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz supaya berpolitik secara lebih matang.

Bekas Calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Pasir Salak itu berkata, Nik Mohamad Abduh atau sesiapa sahaja dalam politik perlu menghormati pendapat atau pandangan antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

Beliau dalam pada itu juga berkata, keputusan bekas Ahli Parlimen Bachok itu untuk ‘berbuka puasa’ adalah sesuatu yang baik.

"Cuma kita harap tak kira siapa, dia atau kita perlu lebih matang. Maknanya menghormati perbezaan pandangan sama ada dari sudut kelompok (dalam parti) dan sebagainya,” kata beliau kepada pemberita selepas Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional-PH (BN-PH) Pasir Puteh di Kampung Pulau Lima di sini, pada Rabu.

Iklan

Nik Mohamad Abduh satu hantaran di Facebooknya pada Selasa menarik balik keputusannya untuk berpuasa daripada arena politik negara.

Difahamkan, Nik Abduh mengambil keputusan itu selepas berlaku konflik selepas namanya tidak tercalon untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya negeri (PRN), Sabtu ini.

Iklan

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!