KOTA TINGGI - Seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di sini pada Rabu.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata, sejurus menerima panggilan pada jam 8.28 malam, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai dan Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian.