Tidak perlu pertikai kod etika pemakaian

Iklan
Peraturan atau saranan yang ditetapkan mana-mana pihak wajar dihormati selagi mana ia tidak menindas, menafikan hak dan menyalahi undang-undang. (Gambar hiasan)

KOD etika pemakaian bagi premis atau bangunan yang menetapkan peraturan tertentu kerap kali dipertikaikan sehingga wujud perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Terbaru pengguna media sosial mempertikaikan peraturan membabitkan kod etika pakaian pengurusan menara Exchange 106 selepas ia tular.

Iklan
Iklan

Berdasarkan laporan media, dalam buku panduan menggariskan bahawa penyewa digalakkan untuk memastikan pekerja, pelawat dan tetamu mereka menghormati pakaian pejabat yang sesuai atau kod pakaian kasual sebagaimana yang terpakai untuk bangunan pejabat komersial Gred Premium A.

Perkara berkenaan tidak sepatutnya menjadi pertikaian kerana penjelasan telah diberikan mengenai keperluan peraturan tersebut ditetapkan.

Iklan

Peraturan atau saranan yang ditetapkan mana-mana pihak wajar dihormati selagi mana ia tidak menindas, menafikan hak dan menyalahi undang-undang.

Sama seperti etika pemakaian di premis kerajaan yang dilihat sengaja dicetuskan menjadi satu isu atau perbincangan umum kerana wujud kumpulan tertentu seolah-olah tidak peka dengan peraturan yang telah wujud sekian lama.

Iklan

Bahkan peraturan tersebut sebenarnya sudah tertampal di dinding premis kerajaan dan tidak sukar untuk dipatuhi mereka bergelar rakyat Malaysia.

Antara insiden tular ialah membabitkan individu dilarang memasuki premis kerajaan atas alasan pelanggaran kod pakaian termasuk di pejabat Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Hospital Kampar.

Bagaimanapun wujud kompromi dalam kes-kes tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Sebagai contoh, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sewaktu menjadi Ketua Polis Negara menyatakan kelonggaran kod etika pemakaian bagi orang awam yang mahu membuat aduan atau sebarang urusan lain di balai polis, hanya wajar diberikan jika membabitkan kes kecemasan serius seperti 'hidup dan mati'.

Sebaliknya jika tidak melibatkan kes kecemasan, semua pihak perlu akur pada kod etika berpakaian itu yang selaras dengan prinsip kelima dalam Rukun Negara, kesopanan dan kesusilaan.

Justeru, pihak kementerian, agensi dan badan berkaitan boleh mengambil pendekatan lebih agresif mendidik serta menerangkan tentang kod etika pemakaian apabila berurusan di premis mereka menerusi platform yang sesuai seperti televisyen atau media sosial.