Mengapa perlu kerap tetapkan semula kata laluan?

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

APLIKASI perbankan secara dalam talian semakin hari semakin canggih dengan pelbagai pembaharuan dan peningkatan perkhidmatan bagi tujuan keselesaan serta keselamatan pengguna.

Jika sebelum ini pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad debit tetapi kini dibuat melalui aplikasi di telefon pintar seperti pemindahan wang dengan mengimbas kod QR.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun dalam tempoh sebulan ini Merak Jalanan berdepan dengan isu kekerapan perlu membuat tetapan semula kata laluan bagi salah satu aplikasi bank dan tidak tahu punca kepada masalah berkenaan.

Sempat juga menjengah ke media sosial dan ia bukan masalah terpencil kerana ramai berkongsi pengalaman berdepan perkara sama.

Iklan

Ada dalam kalangan mereka menyatakan sudah tidak tahan dengan situasi perlu menetapkan semula kata laluan aplikasi dan masalah itu bagaikan tiada kesudahan.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan hasrat untuk menutup akaun dan menggunakan khidmat bank lain jika isu itu tidak selesai dalam masa terdekat.

Iklan

Terbaru ia berlaku lagi kepada Merak Jalanan pada Selasa sewaktu mahu membuat pembayaran pembelian dalam talian dan sebenarnya ia sangat menyusahkan pengguna.

Sudahlah mengambil masa, Merak Jalanan kerana sudah tiada idea untuk memilih kata laluan baharu apabila kata laluan sebelumnya tidak boleh digunakan semula.

Bukan apa, terlalu kerap menetapkan kata laluan menyebabkan terlupa atau keliru pula.

Isu ini perlu diselesaikan segera kerana ia secara tidak langsung menjejaskan urusan harian pengguna.

Merak Jalanan tahu ia sebenarnya demi kebaikan pengguna bagi meningkatkan keselamatan selain mengelakkan akaun digodam oleh scammer.

Namun soal keselesaan dan kepuasan pelanggan juga perlu menjadi keutamaan institusi perbankan di negara ini.